23 Jun 2008

Khabar baru

Dah lama tak jenguk. Sblm tu, terima kasih kpd rakan2 yg sentiasa berikan semangat. Aku sibuk sgt kblkgn ni sbb perlu buat 2 kerja, kerja sedia ada di pejabat dan kerja sambilan sbbnya sampai hari ni, aku belum terima sepenuhnya gaji April. Dua mgu lps dpt RM1000, dpt jgk la guna byr sewa rumah dulu sbb isteri tuan rumah dah marah2. Bukan tak pernah lewat byr sbb bukan kali ni ja aku ada mslh gaji. Terasa, mgkin sbb dia dah tau status aku, so bimbang la kut. Siap bgtau suami dia tu baik sgt sampai selalu diambil kesempatan oleh penyewa. Tak kisah la, itu hak dia, aku tak leh nak kecoh2 ckp yg bukan2, kan?

Syukur jgk part time dpt cash masa tu jugak, boleh la guna buat belanja harian terutama keperluan anak2. Jumaat baru ni, dpt berita kalau tak der apa2 hal, insyaAllah akan dpt baki gaji April dan gaji Mei ujg bulan ni, hrp2 tu menjadi laa..

15hb baru ni, aku dpt sms drpd bekas suami. Memang terkejut. Rupanya dia baru saja dpt pegang semula hp so dia sms tanya khabar anak2. Aku balas sms mtk dia call mlm nanti sbb Puteri nak sembang dgn dia, nak bgtau dpt no 1. Sbbnya masa terima sms tu, aku tgh kerja sambilan. Bekas suami bls, prepaid sikit. Aku janji, aku akan call dia mlm nanti. Demi anak2, aku sanggup tpi kali ni ja sbb aku nak tunaikan hasrat Puteri. Lps ni, pandai2 la...

Sangka aku, setakat tu ja. Dia sms pulak: Apakah tiada peluang utk abg tebus semula kesilapan lalu, abg kesiankan anak2 tu, insyaAllah bila dah dpt ic kelak, senang mohon keja lain.

Aku bls: Kita brdua dah tak de apa2 hbgn sbb tempoh eddah pun dah tamat. Ana tgu Abg slesai bcara ja, Ana nak proceed pengesahan cerai lafaz cerai melalui kagat. Tlg jgn bncg lg psl ni. Ana brsdia bg anak2 brhbg dgn Abg ja. Jgn ungkit lg psl ni. Tq

Sunggu, jwpnku muktamad. Aku kbrkan sms bekas suami kpd S. S luahkan, terasa cam nak aku bg peluang semula. Aku gelak. Tidak sesekali. Buat masa skrg, aku dah cukup serik. Mohon kerja bkn bererti jaminan dia akan kerja. Cukup la. Kalau betul dia berubah pun, biarlah dia mulakan hidup baru. Aku? Nak terima semula? Mga Allah tidak bukakan hati aku utk terima dia semula. Terima org lain? Tidak pernah terfikir sbb aku rasa cukup bahagia skrg.

Aku bebas, bagai waktu bujang bezanya aku ada penghibur hati, aku ada anak2 yg cukup menceriakan aku. Malah aku bimbang, walau aku mgkin bertemu lelaki yg baik tetapi aku tidak percayakan diri sendiri. Aku tak nak anak2 rasa terpinggir. Nauzubillah...

Skrg ni, aku rasa kesian dgn nasib adikku, Aiza. Kalau ada yg pernah baca diariku sblm ini, dia adalah adik yg pernah pertikaikan kpts aku terima semula bekas suamiku slps keluar dr penjara thn 2006 dulu. Baru ja perkahwinannya genap 6 bulan, selama 6 bulan ni la dia menyara suami. Sebulan ni pula, suami dah tak kerja. Sampai sanggup angkat tangan. Mengikut emosi, memang rasa padan ja dgn muka sbb dulu bkn main sgt kau caci maki aku tpi, dah adik sendiri kan...

Aku pun tak pernah mtk dia alami semua tu. Dia pun dah sedar. Aku cuma mampu doakan, suaminya berubah dan kini, aku haramkan suaminya itu menjejak rumahku, selagi dia tak berubah sikap. Kpd adikku, aku nyatakan naper aku bersikap begitu. Skrg aku percaya, sungguh balasan Allah tak tgu hari akhirat...

Aku stop dulu. Nanti aku citer lagi. Terima kasih atas doa kalian semua....

8 ulasan:

Aku Bukan Bidadari berkata...

Insyallah.. semuanya akan kembali bahagia seperti dulu... kim salam peluk cium kat putera2 dan puteri

Tanpa Nama berkata...

salam ana..
selalu jenguk blog ana kalau2 ada apdet.gembira dengar ana dah ok dan gembira dgn anak2.kalau ada jodoh lagi dgn 'dia'..siapa pun xleh halang..apa2 semoga ana bahagia dgn jalan yg ana pilih.

NONIE AZIZ berkata...

semoga kebahagiaan menerangi hidup ana dan anak2 amin.

KV berkata...

moga ada sinar bahagia buat kamu.

oren berkata...

buatlah apa yg terbaik, asal Ana gembira ngan anak2...

pB berkata...

dunia ini bulat


kdg kdg kita di atas
kdg kdg kita di bawah ...

Angah berkata...

Angah selalu percaya.. what goes around comes around..

doa yang baik2 untuk ana sekeluarga..

Alinlai berkata...

insyaAllah yang baik2 saja untuk Ana dan anak2... rasanya org pompuan memang kuat untuk hadapi perkara camni... tak pe anak2 akan ingat dan kenang jasa Ana bila diorang besar nanti :)