28 Ogos 2008

Muktamad

26hb Ogos:

Seperti biasa, duda aku akan menelefon untuk bercakap dgn Puteri. Seperti selalu juga, bila tertera namanya sebagai pemanggil, akan segara kuserahkan kepada Puteri. Bezanya, kali ini dia minta nak bercakap dgn aku. Hmmm...

Abang akan bebas 25hb September ni...

Oooo... bila bicara?

Tadi...

Ooo ok. So?

Lepas bebas tu, dalam awal bulan 10, dpt la mykad...

Ok...

Abang nak tanya ni?

Apa?

Tak boleh terima semula ke?

Terima? Terima apa? (saja buat-buat tak faham. Sebelum ni dah byk kali jugak dia sms memujuk)

Terima Abang la...

Hahahaha.... (aku gelak sungguh2. Tak sangka dia berani nak bertanyakan soalan tu secara terus terang?) Abang tau tak, kita ni dah bercerai. Skrg ni Abang dah boleh nyanyi lagu P.Ramlee tu: Siapa nak janda aku boleh kebas.... tapi tak der org la nak kebas Ana ni... hahahaha.. (aku gelak lagi)... tiba-tiba talian putus.

Tak lama, masuk sms: Abg nak settlekan masalah, bkn nak tmbh masalah, xkesian ke kat anak2 tu...

Aku balas: Sbb kesiankan anak2 la Ana mtk byk kali sgt Abg brubah tpi Abg degil. Bkn skali tp dh byk kali sgt2. Jgn risau, anak2 hepi ja. Maaf, kptsn ana muktamad. Ana xleh trima Abg lg. Abg bina la idup bru cmana Ana mulakn idup bru dgn anak2 sjk 6 bln dlu

Dia antar lg: Kalau cam tu kata Ana, terima kasih byk2, dah dpt surat cerai ke dr mahkamah?

Aku bls: Belum la sbb belum proceed kes. Tgu Abg keluar nnt kita uruskan sama2 la

Dia sms lg: Jgn trlalu konfiden dgn diri dan jgn pandang Abg sebelah mata, setiap apa yg dah brlaku byk beri kesedaran, Abg ingat nak bina hidup baru dgn Ana dan anak2 lps ni bila dah dpt mykad tpi Ana xfaham

Aku bls: Ana xpndg Abg sblh mata tp Ana brusaha yakin dgn diri sndiri sbb Ana xblh hrpkn sape2 trmsk Abg, Ana fhm Abg nak mula idup bru tp Ana xsggup gadai hati sndiri lg sbb dah byk kali sgt Abg lukakan hati Ana. Abg prgunakan Ana. Ana dah serik nak prcaya Abg atau mana2 lelaki & Ana bhgia idup bgini. Ana xbnci Abg & Ana trima tkdir idup Ana & tlg jgn pksa Ana bnci Abg

Ada lg: Smapi begitu sekali dendam Ana, Ana xfikir ke masa dpn anak2, xkesian ke kat anak2, anak org lain ada abinya tpi anak2 kita xde, xboleh ke Ana nak maafkan Abg dan bg peluang Abg prbetulkan apa yg silap

Aku bls: Trus terang, smuanya dah trlmbt Bg. Bkn skrg msanya nak btulkan sbb antra kita xde apa2 hbgn lg. Ana xmtk tp Abg yg lafaz. Trpksa atau marah bkn alasan sbb Ana prcya tu smua khndk tkdir, memg ini yg trbaik utk kita. Ank2 xkan ilang Abinya klau Abg tau jlnkn tgjwb. Dah, jgn bncg lg bab ni. Kptsn Ana muktamad. Maaf! Ana doakan Abg akn lbh bhgia cam Ana yg rasa amat gmbira & bhgia skrg ni so Ana xmau kbhgiaan ni lenyap smula

Sms akhir mlm tu: Xpelah, Abg akur dgn kptsn Ana, lps ni kita uruskan bila dah dpt mykad kelak, tq.

23 Jun 2008

Khabar baru

Dah lama tak jenguk. Sblm tu, terima kasih kpd rakan2 yg sentiasa berikan semangat. Aku sibuk sgt kblkgn ni sbb perlu buat 2 kerja, kerja sedia ada di pejabat dan kerja sambilan sbbnya sampai hari ni, aku belum terima sepenuhnya gaji April. Dua mgu lps dpt RM1000, dpt jgk la guna byr sewa rumah dulu sbb isteri tuan rumah dah marah2. Bukan tak pernah lewat byr sbb bukan kali ni ja aku ada mslh gaji. Terasa, mgkin sbb dia dah tau status aku, so bimbang la kut. Siap bgtau suami dia tu baik sgt sampai selalu diambil kesempatan oleh penyewa. Tak kisah la, itu hak dia, aku tak leh nak kecoh2 ckp yg bukan2, kan?

Syukur jgk part time dpt cash masa tu jugak, boleh la guna buat belanja harian terutama keperluan anak2. Jumaat baru ni, dpt berita kalau tak der apa2 hal, insyaAllah akan dpt baki gaji April dan gaji Mei ujg bulan ni, hrp2 tu menjadi laa..

15hb baru ni, aku dpt sms drpd bekas suami. Memang terkejut. Rupanya dia baru saja dpt pegang semula hp so dia sms tanya khabar anak2. Aku balas sms mtk dia call mlm nanti sbb Puteri nak sembang dgn dia, nak bgtau dpt no 1. Sbbnya masa terima sms tu, aku tgh kerja sambilan. Bekas suami bls, prepaid sikit. Aku janji, aku akan call dia mlm nanti. Demi anak2, aku sanggup tpi kali ni ja sbb aku nak tunaikan hasrat Puteri. Lps ni, pandai2 la...

Sangka aku, setakat tu ja. Dia sms pulak: Apakah tiada peluang utk abg tebus semula kesilapan lalu, abg kesiankan anak2 tu, insyaAllah bila dah dpt ic kelak, senang mohon keja lain.

Aku bls: Kita brdua dah tak de apa2 hbgn sbb tempoh eddah pun dah tamat. Ana tgu Abg slesai bcara ja, Ana nak proceed pengesahan cerai lafaz cerai melalui kagat. Tlg jgn bncg lg psl ni. Ana brsdia bg anak2 brhbg dgn Abg ja. Jgn ungkit lg psl ni. Tq

Sunggu, jwpnku muktamad. Aku kbrkan sms bekas suami kpd S. S luahkan, terasa cam nak aku bg peluang semula. Aku gelak. Tidak sesekali. Buat masa skrg, aku dah cukup serik. Mohon kerja bkn bererti jaminan dia akan kerja. Cukup la. Kalau betul dia berubah pun, biarlah dia mulakan hidup baru. Aku? Nak terima semula? Mga Allah tidak bukakan hati aku utk terima dia semula. Terima org lain? Tidak pernah terfikir sbb aku rasa cukup bahagia skrg.

Aku bebas, bagai waktu bujang bezanya aku ada penghibur hati, aku ada anak2 yg cukup menceriakan aku. Malah aku bimbang, walau aku mgkin bertemu lelaki yg baik tetapi aku tidak percayakan diri sendiri. Aku tak nak anak2 rasa terpinggir. Nauzubillah...

Skrg ni, aku rasa kesian dgn nasib adikku, Aiza. Kalau ada yg pernah baca diariku sblm ini, dia adalah adik yg pernah pertikaikan kpts aku terima semula bekas suamiku slps keluar dr penjara thn 2006 dulu. Baru ja perkahwinannya genap 6 bulan, selama 6 bulan ni la dia menyara suami. Sebulan ni pula, suami dah tak kerja. Sampai sanggup angkat tangan. Mengikut emosi, memang rasa padan ja dgn muka sbb dulu bkn main sgt kau caci maki aku tpi, dah adik sendiri kan...

Aku pun tak pernah mtk dia alami semua tu. Dia pun dah sedar. Aku cuma mampu doakan, suaminya berubah dan kini, aku haramkan suaminya itu menjejak rumahku, selagi dia tak berubah sikap. Kpd adikku, aku nyatakan naper aku bersikap begitu. Skrg aku percaya, sungguh balasan Allah tak tgu hari akhirat...

Aku stop dulu. Nanti aku citer lagi. Terima kasih atas doa kalian semua....

29 Mei 2008

Aku kalah juga

Malam tadi, sedang mendodoi Putera Bongsu tidur sambil menemankan Puteri siapkan homework (aku masukkan Puteri ke kelas Baca Cepat anjuran tadikanya-daripada buang masa saja, dia pun suka), tiba-tiba saja Puteri bersuara: Ummi! Ayang nak tepon cakap dgn Abi la. Ayang nak bgtau Abi Ayang dpt nombor satu!

Ya Allah! Terasa jantungku berdegup kencang. Sungguh aku tersentak dgn permintaan tersebut. Serentak itu juga, air mataku bergenang. Aku cuba menahan sebak. "Camana nak ckp, Ummi tak leh nak tepon skrg ni." Itu ja yg mampu aku luahkan. "Aah! Abi kan tengah kerja. Ayang lupa la.." Puteri memberi alasannya sendiri. Mataku dah hampir basah. Dalam sedu, aku berjanji: "InsyaAllah nanti kalau dah boleh ckp, Ummi tepon Abi bg Ayang ckp ya!" "Ok Ummi!" dan Puteri terus khusyuk menyiapkan kerjanya.

Aku?? Sungguh aku kuatkan semangat, jgn sampai Puteri nampak air mataku tumpah. Aku hampir tewas. Ya Allah!! Aku tak sangka akan tiba harinya aku tewas juga. Selepas Puteri tidur, aku kerjakan solat Isyak. Kali ini, air mataku lebat. Sejak tiga bulan lamanya, tempoh eddah pun baru ja selesai, aku cukup kuat tapi hari ini, aku kalah juga dgn hasrat Puteri.

Tak sangka sungguh. Agaknya dia cam terasa semalam adalah birthday Abinya. Sebabnya, keputusan peperiksaan pertengahan tahun dah diumumkan minggu lepas, minggu akhir persekolahan. Aku berbangga dgn pencapaiannya tambah bila cikgu jelaskan prestasi Puteri: seorang yg minat belajar, selalu berikan perhatian dan tumpuan kpd pelajaran, mendengar cakap, pandai bergaul, ceria dan mesra dgn semua org... Alhamdulillah! Aku bersyukur kerana aku yakin, prestasi itu membuktikan Puteri tidak terganggu dgn masalah perkahwinan Ummi dan Abinya.

Malah, slps mendapat keputusan, tak pernah Puteri menyebut tentang nak bgtau Abi. Aku masih ingat lagi, Puteri hanya beriya-iya menyebut nak bgtau Tok (Mak aku) dan Wan (Bapa aku). Bila aku tanya saper lagi Ayang nak bgtau, jawapannya juga tak tersenarai nama Abi.

Tapi malam tadi, ya Allah.... aku kalah. Sungguh aku kalah.... apa yg boleh aku lakukan? Aku sms S dan Z. S sarankan aku cuba dptkan pertolongan kem kalau-kalau aku boleh benarkan bekas suamiku bercakap dgn anak-anak. Entah la....

Agaknya, inilah permulaannya utk aku teruskan cabaran hidup ini. Ya Allah! Hanya kepada-Mu aku bermohon, berikan aku kekuatan ya Allah utk mendepani hidup ini bersama anak-anakku.

28 Mei 2008

Happy birthday Abang

Hari ni 28hb Mei ialah ulangtahun kelahiran bekas suamiku yang ke 35. Hmmmmmm. Teringat tarikh yang sama tahun lepas, aku sepakat dengan adik-adikku untuk membuat kejutan kepadanya. Aku mintak adikku Aiza belikan kek. Sedih sangat bila kek tersebut langsung tak disentuh, bukan menjamah malah memotongnya pun dia tak nak. Katanya, tak suka meraikan hari lahirnya. Aku mententeramkan rasa terkejut adik-adik. Sungguh adik-adikku terkejut, bagai tak hargai tanda ingatan aku. Tak pa lah, dia tak suka nak sambut, apa nak buat. Sebenarnya bukan hanya mententeramkan mereka malah memujuk hatiku sendiri.

Birthdaynya dua tahun (2006), aku meminta dia keluar dari rumah secara hormat. Itulah hadiah hari lahir yang layak untuknya tika itu. Tahun ini, tiada ucapan selamat dariku untuknya. Bukan enggan mengucapkan, bukan benci tapi aku tak berdaya. Bekas suamiku kini ditahan di penjara tentera, sedang menunggu untuk dibicarakan. Dia menyerah diri pada 13hb Mei baru-baru ini.

Aku pun tak sangka dia akan menyerah diri. Selepas cubaan memujukku untuk menerimanya semula gagal, kami sepakat untuk terus berkawan demi anak-anak. Maksud aku berkawan tu, aku takkan halang dia berhubungan dengan anak-anak, tu jer. Sungguh, aku tak harapkan langsung pemberian nafkah untuk anak-anak daripadanya. Aku cuma mengharapkan dia berubah, paling tidak jadi insan berguna untuk diri sendiri. Rasa lega bila dia bgtau dia dah mula kerja. Ye lah, tak kerja nak makan apa? Mmmmm duit banyak-banyak ari tu? Simpan la kut... itu cuma bermain-main di fikiranku.

Tapi dia mudah lupa. 28hb Mac, awal-awal pagi tika aku baru nak mulakan kerja, aku dapat sms, minta RM20. Allahu akbar!! Sungguh Kau uji aku Ya Allah! Bila aku balas tak der duit dan tanya mana pergi duit yang dalam bank tu, dia bgtau duit tu hilang, konon dia dan rakan sebilik percaya ada seorang rakan yang baru diberhentikan kerja, keluar awal pagi dan dah curi semua duitnya termasuk duit seorang lagi rakannya tadi. Aaahhhhh!!! macam la aku nak mudah percaya!

Lantak lah hilang ke apa... aku takkan berikan walau sesen. Walau hati marah, aku balas dengan baik: Hmm maaf la. Ana memg xleh bgi. Ana ada duit utk ank2 ja. Gji xtau bla. Abg ikhtiar lain la.

Dua hari lepas tu, aku dapat sms darinya lagi. Dia mintak aku pindahkan RM2 ke telefon bimbitnya. Katanya prepaid dah sikit sangat, dia nak call boss bgtau tak dapat kerja sebab tak sihat. Ya Allah! Hatiku panas tapi aku berikan juga. Ntah sebab simpati atau masih sayang, aku tak tau. Tak pe lah, atas dasar kemanusiaan, aku berikan RM5. Tapi slps tu aku sms: Ini kali terakhir Ana tolong tau!!!

Awal April, Putera Bongsu dimasukkan ke wad kerana cirit birit. Sebagai ibu, aku tak nak putuskan hubungan antara anak dgn Abinya. Aku sms bgtau. Petang aku terima sms drpdnya: Maaf xdpt dtg, pulun keja, xckup duit, bru byr sewa umh tdi, nak top up pun xleh tkt xmkn, dah 2 hri xmkn nasi mkn roti ja, ni last kredit, klu dpt kluar wad *some text missing*

Aku faham maksud akhir sms tersebut, prepaid tak cukup la tu jadi mesej sampai tak penuh. Sedih? Kesian? Rasanya tak der langsung aku rasa cam tu. Sebaliknya aku balas: Mmm memg susah nak idup kan? Tu blum kra Abg kna bg nfkh kat ank2 lg. Tak pa la, nanti dah blh kluar Ana bgtau. Mgkin esk la kut sbb dah brtmbh baik dah

Esoknya, anakku dibenarkan keluar. Aku sms bgtau Abg. Tika dlm perjalanan, aku terima sms drpd Abg ucap Alhamdulillah. Sejak hari tu, hampir setiap hari dia akan sms tanyakan khabar anak-anak. Pagi sekali, malam sekali. Pernah juga bbrp kali dia telefon bercakap dgn Puteri dan Putera.

Tapi sejak 22hb April, tiada lagi sms yg aku terima. Pelik, memang pelik. Mungkin tak der duit nak beli prepaid. Mgkin awal Mei nanti dia tanyakan semula khabar anak-anak. Itu yg aku fikirkan. Bukan rindu tapi aku tak nak dia putuskan hbgn dgn anak-anak. 7hb Mei, aku masih tak terima apa-apa sms. Aku sms Dik Yah tanyakan kalau dia ada dengar berita pasal Abg tpi Dik Yah tak tau.

Terus terang, bimbang juga jika berlaku yang tak elok. Sungguh, hingga hari ini aku masih mendoakan keselamatan dirinya walau di mana dia berada. Aku doakan agar dia berubah menjadi lelaki soleh, berguna utk diri sendiri dan org lain terutama utk anak-anak kami. Aku tak mengharapkan dia kembali ke dalam hidupku... cukuplah apa yg telah aku lalui.

20hb Mei: Aku terima panggilan dari kem. Kata pegawai tu, dia sedang menanti perbicaraan kes. Khabarnya dia menyerah diri di Seri Aman Sarawak pada 13hb Mei, dibawa ke KL pada 16hb Mei. Apa lagi yang boleh aku katakan...

Buat Abang (moga Abang berpeluang membaca coretan ini juga nanti): Ana doakan agar Abang dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, mampu menjadi Abi terbaik untuk anak-anak kita. Terima kasih atas kasih sayang Abang selama ini. Maafkan Ana kerana melukakan hati Abang....Ana tak berdaya lagi untuk menerima Abang....

26 Mei 2008

SMS penamat hubungan

Selepas 'pemergian' suamiku pada malam tersebut, aku segera bgtau Bapa mengenai kes aku. Bapa cuma cakap: Kuat!!! Aku faham. Aku tak nak ckp dgn Mak, bimbang aku lemah bila mendengar tangisan Mak. Aku yakin, Mak pasti menangis dgn takdir hidupku. Aku sms Dik Yah (adik iparku) bgtau kes terkini. Hampir tgh mlm, Dik Yah telefon minta maaf bg pihak abangnya dan mintak aku bersabar.

Alhamdulillah, aku yakin aku kuat hadapi takdir ini. Aku cuma bimbangkan anak2 tpi syukur, sejak malam itu, tiada langsung keluar perkataan Abi dr mulut anak2. Sesekali aku yg menguji bertanyakan ke mana Abi? Puteri dan Putera akan menjawab, Abi pergi kerja cari duit. Biarlah anak2 berpendirian demikian, nanti mereka akan mengerti. Aku pun tak tau ke mana suamiku pergi. Aku hanya memikirkan, cukup empat bulan, aku nak mohon takliq dgn harapan, dia takkan menghubungi aku langsung.

Tapi tak sangka, belum seminggu, aku mula menerima sms daripadanya yang cukup menguji kesabaranku. Byk smsnya itu aku biarkan tanpa balasan. Ada juga yg aku telefon semula kerana marah bila aku dituduh memutuskan hbgnnya dgn anak2 dan aku juga diugut hingga akhirnya, 9hb Mac, aku diceraikan:

Isteri bukannya hak milik tpi anugerah, bila2 masa saja anugerah itu boleh ditarik balik oleh-Nya – Suami- 26/2/08 22:15:48

Anugerah adalah utk dihargai, dijaga dgn baik, penuh kasih syg & kejujuran bkn hanya dgn pentingkan nafsu, menyakitkan hati & menipunya slalu. Usah dikesal bla anugerah ditarik balik. Insaf & berubahlah demi ank2. Perkahwinan bleh brakhir dgn prceraian. Hbgn ank2 dgn ayah kndung xwajar putus. Ayah kndung tetap brtgjwb pnuh trhdp ank2 dlm jagaan bekas istri – Aku- 26/2/08 22:22:08

Kalu ya pun sakit ati kat abg, takkan abg tanya khabar anak pun xdbls, abg call pun xjwb, nak ajar anak2 jadi krg ajar dgn abg ke?! – Suami- 27/2/08 18:03:16

Nak ajar anak2 supaya bencikan abinya ka, kalu ana bencikan abg jgn ajar anak begitu, ego tu buang la kalu nak hidup bahagia – Suami- 27/2/08 21:41:52

Ana xdak prepaid. Ana xdan angkat td. Jgn nak salahkan org. Tilik diri sndiri dlu. Ana xajar ank2 jd jahat. Ana xkisah abg nak kta pa kat Ana tp Ana tau yg trbaik. Esk bnk in duit yg kwn Ana bnk in td. Dpt sms td kan? Kamera abg amik ya? So abg jgk yg baik & Ana jahat? – pinjam hp Dik Lina

Hari ini kau halau aku dari rmh dpn anak2, dan dpn anak2 kau campak pakaian aku luar rmh,satu masa nanti anak2 akan buat benda yg sama pada kau, lihatlah nanti, aku takkan maafkan kau atas apa yg telah kau lakukan pdku, aku bknnya sampah yg senang kau buangkan, ingat aku bukannya SAMPAH!!! – Suami- 27/2/08 22:10:56

Ingat aku takkan ampunkan dosa kau dunia smpi akhirat jika kau tak berubah, ego tu jgn menjadi2 – Suami- 27/2/08 22:12:44

Biarlah aku dpt melihat anak2ku dr jauh, aku xmahu mereka melihatku dulu,tiba masa kelak aku akan pergi jauh dan xkan dtg lg ke cni,bila dah selesai masalah aku dgn ATM aku akan kembali ke tmpt asalku,biar aku merempat d KL nit pi nak menagih simpati tidak sama sekali – Suami- 27/2/08 – 22:42:45

Ajarlah anak2 tu benci kat aku,tak per, sms xbls, entah apa yg dbgtaunya kat anak2 pasal aku ni, talipon pun xangkat, nak ckp ngan anak pun xleh, buatlah…tjuklah ego kau tu – Suami- 28/2/08 05:39:33

Buatlah apa kau suka, korang adik-beradik nak hina aku ka, nak maki aku ka buatlah, tapi harus d ingat, anak2 akan jadi saksi korang hina aku – Suami- 28/2/08 11:26:07

Kalau xbg ckp ngan anak pun xpe, ucapkan HAPPY BIRTHDAY kat Putera bg phk abg – Suami- 28/2/08 19:31:24

Semoga Putera sihat sejahtera, gembira selalu, murah rezeki dan dpjgkan usia – Suami- 28/2/08 19:33:17

Klau xnak ckp xyah tembak2 – Aku- 28/2/08 22:32:12

Kalu dah susah sgt nak angkat, xyah pkai hp, nak tanya berita anak2 pun xleh, jgn kata aku xambil tahu pasal anak2 esok….!!! – Suami- 29/2/08 12:01:57

Hotak aih! Klau stkt tembak sat ja nak angkat pa. Xsempat angkat dah jd miskol. Xyah nak bg alsn. Dasar pembohong memg kat mana pun duk bohong situ la – Aku- 29/2/08 12:04:41

Kenapa aku xbagi peluang utk berckp dgn anak2, hina sgt ka aku ni ha?!! – Suami- 29/2/08 21:15:16

Jgn nak tduh bkn2. Tepon sat sgt xsempat lgsung nk angkat, nak ckp hotak pa? Klau btul nk ckp, tepon btul2. Xyah tembak2. Tgh kaya kan? Apasal plak miskol ja? – Suami- 29/2/08 21:20:20

Bagus la perangai tu, aku nak ckp ngan anak2 pun xbagi, bg tebal lg ego tu – Suami- 29/2/08 22:18:37

Kalau kau nak putuskan hubungan aku dgn anak2ku kau buatlah, tapi aku tetap sygkan anak2ku, biar suatu masa nanti anak2ku dtg sendiri mencari aku, ikut suka kau lah, nak bgtau kat anak2 aku ni jahat kea pa ke, biarlah… - Suami- 29/2/08 22:46:14

INGAT! Jika dlm masa ni ego kau tak berubah dan aku MATI, jgn kau pegang mayat ku, tidak ku izinkan – Suami- 29/2/08 22:51:53

Takpelah xdpt ckp dgn anak2, dpt bertemu dlm mimpi pun dah alhamdulillah – Suami- 29/2/08 22:56:51

Klau xnak ckp, xyah duk miskol – Aku- 2/3/08 20:17:43

Apasal xnak bg aku ckp dgn anak2, besar sgt ka kesalahan aku smpi xd bnr ckp dgn anak2 – Aku- 2/3/08 20:47:39

Takpelah, esok kalu anak demam cari abinya, jgn cari aku, pandai2lah – Suami- 2/3/08 20:59:57

Kalu engko sakit ati dan benci kat aku jgn pula anak2 kau nak ajar cam tu, kau dgrlah hasutan adik2 kau tu, elok sgt la tu, dulu kau kena pijak, kena fitnah kat diorg, skrg ni mkn hasut plak – Suami- 2/3/08 21:16:43

Eloklah, korang pakatlah ramai2 kutuk aku maki aku, biar anak2 belajar ngutuk bila dah besar kelak – Suamki- 2/3/08 21:25:05

Apasal susah sgt nak ckp ngan anak ni, nak ajar anak jadi ego ke – Suami- 3/3/08 20:24:50

Apa nak jadi ni, halang tak bg ckp ngan anak – Suami- 3/3/08 20:36:12

Elok sgt la tu, ego tu tebalkan lg, racunkan fikiran anak2 tu, supaya senang dorg tak ingat kau aku, buat la… nak ckp ngan anak pun xleh – Suami- 3/3/08 20:44:24

Kau tjk lah ego dan kurang ajar kat aku, nanti kau tau la, selagi ego kau tak d buang selagi itu kau xkan senang – Suami- 3/3/08 20:49:16

Kalu ana masih dgn ego ana yg tebal tu dan xleh nak buang ego tu, mgkn 21.3.08 adalah tarikh trakhir ana dan anak2 melihat abg, dan tarikh itu mjadi tarikh akhir anak2 kenal abinya, abg xmau dperbodohkan oleh ana lg, kalu ana xberubah mgkn hrpn utk abg kembali tipis - Suami- 4/3/08 16:22:14

Kalu ana masih sayang dan kesiankan anak, apa salah abg ckp dgn anak2 – Suami- 4/3/08 19:30:46

Memang tnyata ana xkesiankan anak2, kita xtau apa yg bermain dfikiran mereka, mgkn anak2 ingin tahu kat mana abinya, kita xtahu, kalu ana mrh kat abg, jgn anak2 jadi mangsa – Suami- 4/3/08 20:08:07

Ana xtau betapa rindu abg nak dgr suara anak2, smpi hati ana xbg abg ckp dgn anak2, xpelah, abg doakan anak2 sihat - Suami- 4/3/08 21:45:20

Kalu apa2 terjadi pada anak2, abg akan salahkan ana smpi mati – Suami- 4/3/08 21:49:13

Aku call. Panggilanku dijawab tpi tiada suara. Aku terus marah2. Sungguh aku marah. Aku tak pernah halang anak2 berckp dgnnya malah dia tak pernah telefon, sekadar bunyi ring tone sekali terus diputuskan talian, nak cakap apa. Sungguh aku marah...

Takpelah, biarpun abg dah korbankan masa jaga ana dlm pantang, tapi ana xingat itu semua, abg bkn nak ungkit, tapi ana ingat, ada tak adik-beradik dan keluarga ana dtg masa ana bersalin Putera Bongsu tu ari, siapa yg jaga dan uruskan ana dan anak, tak kesian ke dgn anak2, smpi hati ana halau abg dsbbkan benda kecik jer, kalu abg dah xlayak hidup dgn ana, bgtau je la – Suami- 4/3/08 22:04:27

Kalu ana tetap bekeras dgn ego ana, kita tpksa buat kptsn, abg xmau jadi lelaki dayus yg mpunyai isteri yg kurang ajar dgn suami, abg xmau ana tanggung byk dosa kerana abg – 4/3/08 22:08:40

Ingat anak2 sebelum buat kptsn – 4/3/08 22:09:40

Jgn duk cri salah Ana ja. Memg Ana ingt tp bnda yg Abg kta kcik tu amt bsr bg Ana. Abg brlagak bla ada duit byk, pntingkan dri sndiri, xingt lgsg nk tlg Ana sdgkn slama ni Ana yg cri duit utk rmhtga. Ana dah nekad, kta brpisah ja. Ank2 tgl dgn Ana. Utk pengethuan Abg, ank2 xprnh tnya Abg. Smua sihat & cria cam biasa. Ingt blik apa yg Abg dah buat salah bkn ingt bnda kcik tu ja. Sabar Ana 4 thn dgn kerenah Abg xblh lenyap hnya dgn ingt jsa Abg 2 bln. Lgpun tu tgjwb Abg. Ana buat mcm2 yg bkn tgjwb Ana, ada Abg fkir & kenang? Dah la. Malas nak layan dah. Jdi la org brguna demi ank2. Jgn smpai ank2 xnak ngaku Abg sbg Abi. Stkt miskol nak ckp dgn ank2 hotak pa – Aku- 4/3/08 22:14:17

INGAT! Kalu ana masih keras kepala, ego dan jika tjadi apa2 pd anak2, abg xkan maafkan ana smpi bila2, abg tetap salahkan Ana – Suami- 4/3/08 22:16:04

INGAT! Fikir masak2 sblm buat kptsn supaya xmenyesal blkg hari – Suami- 4/3/08 22:18:58

Ana xkan menyesal – Aku- 4/3/08 22:19:34

Sebelum buat kptsn, pandang dan renung wajah setiap anak2, mereka xbersalah, jgn jadikan anak2 mangsa keadaan – Suami- 4/3/08 22:20:38

Abg yg patut fkir elok2 slama ni. Ana dah bg peluang byk kali tp Abg xprnh nak brubah jd suami yg baik. Stkt jd suami yg tau nak sarung ja, org asli gila kat hutan pun blh ada istri. Brpisah lg baik. Hati Ana tenang, xyah risau perangai Abg. Ank2 hepi ja, xyah risau la – Aku- 4/3/08 22:24:07

Buat kptsn dgn fikiran yg waras, jgn buat kptsn dgn hati yg marah, INGAT – Suami- 4/3/08 22:27:51

Hahaha trima kasih la. Dah ckup Ana prtimbgkn kptsn Ana. Tak yah duk pujuk rayu. Ana memg nekad. Dah ckup Ana bg pluang slama ni. Fkir la sndri apa silap Abg, nape Ana sggup wat cam ni – Aku- 4/3/08 22:30:20

Ana mtk maaf sbb ambil kptsn cam ni. Ini yg trbaik utk kta skrg. Utk ank2 jgk. Ana xnak ank2 membesar dlm ajaran xbetul, tgk kta brgduh ja. Abg brubah la jd Abi yg baik. Ana xprnah halang hbgn Abg dgn ank2 tp brlaku jujur & jgn duk maki Ana tduh mcm2. Maaf! – Aku- 5/3/08 00:09:32

Abg bg masa smpi hjg bln ni utk Ana bfkr masak2. Ana nak teruskan dgn sikap ego ana pd abg atau sebaliknya. Kalu ana tetap begitu, ana duduklah dgn anak2 sendirian, jgn dtnya ke mana abg akan pergi, dan duit berenti askar kelak jgn ana Tanya, pandai2lah sara anak2 tu – Aku- 5/3/08 08:30:29

Ek eleh. Tak yah tgu ujg bln. Kptsn ana muktamad. Ana xheran la duit pencen Abg tu. Ana prcya ada rezeki ank2. InsyaAllah Ana akn brusaha menyara ank2 smpai jd insan brguna pd dri & smua org. Allah akn tlg Ana sbb Ana ikhlas nak jga ank2 – Aku- 5/3/08 08:34:16

Nak ckp dgn ank2, tepon trus. Jgn miskol2. Ana xde prepaid nak call – Aku- 5/3/08 21:17:57

Nampaknya ana tetap xbg abg ckp dgn anak2, salah ke ckp dgn anak2 – Suami- 6/3/08 21:58:03

Ayang dah angkat nape xckp? Kata nak ckp dgn ank2? Ke sja alasan nak sakitkn hati Ana? Klau xnak ckp, xyah miskol. Ana xkan larang Abg ckp dgn ank2. Nak ckp, tepon – Aku- 6/3/08 22:03:05

Apasal susah sgt nak ckp dgn anak2 ni? Apa, dah besar kepala sgt ke
– Suami- 7/3/08 23:11:11

Tak pelah, teruskan ego Ana tu, hjg bln ni penentu segalanya, jika Ana terus juga nak tjk ego Ana tu, faham2lah, jga lah anak2 tu sendiri – Suami- 7/3/08 23:17:42

Ana fikirlah, kalu xnak malu kat pej ana tu, jgn racun fikiran anak2 tu, apa salahnya abg nak ckp dgn anak2 – Suami- 7/3/08 23:33:32

Lps ni satu pej akan tahu perangai ana, xyah la nak tjk baik, tau la apa akan jadi lps ni – Suami- 7/3/08 23:41:18

Jika ana xmau ubah ego ana tu lps ni, masih juga angkuh dgn abg, abg akan tentukan pihak pejabat akan tahu perangai ana yg sebenarnya, jadi ingat, jgn nak tjk belang sgt – Suami- 7/3/08 23:46:49

Apa yg jd setan bengap ni? Tepon hotak pa klau wat miskol ja. Aku tepon xnak jwb plak. Tak yah duk jd gila. Bos2 tau dah apa jd. Berani p wat kcau kat ofis? Cuba la klau brani. Jgn ingt aku pompuan aku tkut. Kptsn aku muktamad. Tak yah tgu ujg bln. Aku xyah ajar ank2 tau perangai kau tu. Ank2 bijak tau sape yg btul2 brtgjwb jga diorg. Bleh blah la dgn duit kau tu. Ank2 dah besar aku akn tnjk sms kau sruh aku ja jga ank2. Jgn nanti kau cri ank2 mtk tlg nak idup. Fhm? – 7/3/08 23:51:34

Nampaknya ana masih bekeras xnak bg ckp dgn anak2, eloklah tu, hjg bln ni jadi penentu segalanya – Suami- 9/3/08 00:36:49

Kalu beginilah perangai Ana terus ego, jgn hrplah nak merasa duit berenti askar nanti, ajarlah anak2 tu supaya lupakan abg – Suami- 9/3/08 00:41:14

Mgkn Ana nak abg lpskan Ana kot, xpe nanti abg akan lafazkan dpn kwn2 Ana kat pej Ana tu – Suami- 9/3/08 00:45:17

Tu btg mata pulak yg perihatin bg hadiah moto, patut la dhalaunya abg supaya senang nak dpt motor baru – Suami- 9/3/08 06:03:32

Tergelak besar aku terima sms ni. Aku tak perlukan batang la utk ada motor baru. Tapi itu hanya di mulutku. Malas aku nak layan orang tak sedar diuntung...

Ana ajarlah anak2 tu utk tdk bckp dgn abg, elok sgtlah tu, nanti biar anak2 tu jadi krg ajar bila dah besar kelak – Suami- 9/3/08 10:04:38

Ana tanggung la nanti kerna cuba putuskan hbgn abg dgn anak2, kalu sakit ati pun jgn ajak anak2 sama, nak ego tu ego lah sorg2 – Suami- 9/3/08 10:09:17

Kalu anak2 tu sakit cari abg kelak bgtau je abg dah mati, senang xyah susah2 – Suami- 9/3/08 10:11:34

Kalu Putera Bongsu dah besar esok tanya pasal abg, jgn salahkan abg plk, xkesian ke kat anak2, buang la sikap ego tu, bkn dpt untung pun, bkn boleh jadi kaya pun – Suami- 9/3/08 10:15:16

Masa ni blh la Ana nak buat apa Ana suka dgn sikap ego tu, blh halau abg sesuka hati, esok org tua dah mati baru la tahu camana rasanya, buat la – Suami- 9/3/08 10:17:52

Salah ke nak ckp dgn anak2 – Suami- 9/3/08 10:23:22

Nama saja PKI tapi diri sendiri xsempurna pendirian, hrpkan akademik ja tinggi tapi fikiran cetek, ego ja lebih, yg jadi mangsa anak2 – Suami- 9/3/08 10:31:00

Apa sebenarnya yg Ana nak ni, nak buang abg terus dr hidup ana ke, nak ckp dgn anak pun payah – Suami- 9/3/08 12:22:59

Jgn terlalu angkuh dgn apa yg ana ada skrg ni, ego ana tu xkan bawa apa2 kesenangan, jgn dsbbkan ego tu, anak2 terjerat sama – Suami- 9/3/08 12:27:38

Tak yah la buang prepaid nak maki2 Ana. Ana xhalang pa pun. Ana jwb call apasal matikan line. Ayang pun prnh jwb tp Abg letak. Tak yah duk salahkn org. Tilik dri sndri. Ana xprlukan btg utk bg moto. Alhamdulillah rezqi Ana & ank2 ada. Ini kali trakhir Ana bls sms. Abg wat miskol pas tu maki2 Ana tduh bkn2, Ana wat repot polis, fhm? – Aku- 9/3/08 12:32:49

Jgn nak ego dan angkuh sgt, nanti tau la balasannya, xsmpi mana nya, ingat duk rmh besar tu dah kaya la tu – Suami- 9/3/08 13:14:43

Aku call, berjawab tapi tiada suara. Sama seperti sblm ini. "Apasal tak ckp. Sms ckp bukan2. Cakap la!!" Suara aku tinggi!!

Tgu la kat pej Ana nanti, tau la apa nak jadi, jgn nyesal dah, nak sgt tjk ego tu – Suami- 9/3/08 13:17:04

Aku call lagi. Sama, berjawab tapi diam tanpa suara. Cukup membuatkan aku melenting. "Apa yg kacau2 aku ni? Dah abis duit ka yg duk kacau aku ni???"

Abg bknnya lelaki yg dayus nak tunduk pd perempuan mcm ana, abg dah serik, hari ini hari takhir kita kenal, bawa la haluan masing2, jagalah anak2 tu baik2, abg ceraikan ana ari ni, jgn Tanya pasal abg lg, terima kasih – Suami- 9/3/08 13:42:22

Jadikanlah anak2 tu anak2 yg soleh dan solehah, jgn tanya pasal abg lg. xdpt ckp dgn anak pun xpe, abg doakan agar anak2 sihat selalu dan moga ana dpt pengganti abg yg lbh baik – Suami- 9/3/08 13:46:39

Jgn nangis, xde apa yg nak dtangis kan, jodoh kita beakhir d cni – Suami- 9/3/08 13:48:31

Kalu Ana pegi mahkamah bawa sekali sijil nikah abg dlm fail merah dlm bilik abg tu, nanti kita jumpa d mahkamah – Suami- 9/3/08 13:58:49

Ana xkan nangis tp Ana redha dgn takdir Ilahi. Ini yg trbaik utk kita. Ana mtk maaf krn xdpt trus jd istri Abg. Trima kasih dgn smua yg indah2 yg telah kita lalui tp smua tu xblh kekal sbb Abg xmau brubah jd suami & abi yg baik. Ana xhalang Abg ckp dgn ank2 atau nak jmpa tp dgn syarat, bgtau Ana dlu. Ana mtk Abg tlg bgtau mak Bapa pasal Abg ceraikan Ana – Aku- 9/3/08 14:00:38

Abg harap Ana jgn abaikan masa dpn anak2 smpikan salam peluk cium abg pada anak2 – Suami- 9/3/08 15:53:05

Ana akn jga elok2 insyaAllah. Abg nk ckp atau jmpa ank2 pun bleh tp bgtau Ana dlu. Abg pun jga dri elok2. Ingat, Abg msih ada ank2 – Aku- 9/3/08 16:25:25

Xde apa yg nak dkesalkan, mgkn ini kptsn yg Ana tgu selama ini, wpun pahit utk dtelan, abg telan juga, hanya satu pesan abg, pelihara peribadi tu jgn ego, jaga anak2 dan didik mereka jadi insan berguna, insyaallah satu masa abg akan dtg jenguk anak2, salam peluk cium buat anak2ku – Suami- 9/3/08 20:56:53

Aku tak tau nak luahkan perasaan sebenar aku. Aku gembira sebab kini aku bebas, tak perlu lagi fikir utk membebaskan diri aku. Walau perlukan pengesahan cerai tapi aku yakin, aku sudah diceraikan dan mengikut hukum syarak, talak tersebut sah tambahan pula suamiku memberitahu Bapaku, aku telah diceraikan. Dalam gembira, aku juga rasa sedih sebab aku tak sangka, begini akhirnya perkahwinan aku...

Paling memilukan bila Mak meluahkan rasa kesal sebab tak buat majlis kenduri kahwin aku dan tak pernah mendoakan yang baik-baik utk perkahwinan aku. Mmm apa lagi yg mampu aku katakan....

Semalam 25hb Mei, sepatutnya ulangtahun perkahwinan aku yang ke-6. Antara impian aku awal tahun ini ialah untuk marayakan ulangtahun ini bersama rakan2 dan sanak saudara. Aku ingin adakan majlis yang meriah menggantikan majlis perkahwinan aku yang hambar dan bagai kenduri tahlil sahaja tapi semua tu hanyalah impian. Aku redha, bak kata sahabatku Z: Pandanglah ke depan kerana hidup perlu diteruskan...

23 Mei 2008

Genap tiga bulan

Alhamdulillah, ada juga peluang untuk menyambung catatan diariku ini.

Dua hari lalu, 21hb Mei genaplah tiga bulan aku dan anak-anak hidup tanpa lelaki bernama suami dan Abi. Baru tiga bulan ya? Sekejap ja rasa. Mungkin kerana sejak tiga bulan itulah, aku tak rasa tertekan dan bermasalah walau hakikatnya ada masalah lain yang aku hadapi terutama masalah gaji.

Ya, sejak Januari syarikat tempat aku bekerja menghadapi masalah kewangan. Sebab masalah gaji inilah juga, aku kenal sikap sebenar suamiku. Pertengahan Januari suamiku mendapat surat, dia akan menerima sejumlah wang hasil pelaburan di dalam koperasi tentera. Jumlah yang agak banyak Rm5000 lebih. Hanya syukur yang tak terhingga aku panjatkan kepada Ilahi sebab wang tersebut boleh digunakan bagi membiayai keperluan kami sekeluarga. Sebabnya masalah gaji di syarikat tempat aku bekerja akan berlanjutan tiga atau empat bulan. Aku dapat maklumat tersebut sebab terlibat dalam pengurusan walau sekadar ketua kecil.

Suamiku pula mula merancang untuk membeli joran baru. Aku suarakan hasrat untuk mengambil separuh daripada jumlah wang tersebut sebagai nafkah tertunggak aku dan anak-anak. "Abang nak RM500 ja, baki tu Ana ambiklah semua. Pandai-pandai Ana la nak urus." Ya Allah, hanya Kau yang tahu betapa aku gembira mendengar penyataan itu. Bukan gembira kerana akan mendapat wang yang banyak (agak banyak bagi aku yang berpendapatan sederhana) sebaliknya aku gembira kerana suamiku berubah sikap. Sungguh aku tak sangka itu kata-kata yang keluar dari mulutnya.

11hb Feb: Tika sedang menghadap hidangan tengahari bersama rakan sekerja, aku mendapat panggilan telefon daripada suamiku. Cek dah dapat. Alhamdulillah. Suamiku mintak aku balik ke rumah segera sebabnya dia nak cashkan cek tersebut. Bila aku tanya ada tak tulis A/C Payee only, dia mengaku ada. Maksudnya, tak boleh cashkan la, kena bank in. InsyaAllah dalam masa tiga atau empat hari clear la. Suamiku faham. Balik petang tersebut, aku ambil cek dan pergi ke mesin cek deposit, bank in kan cek tersebut. Suamiku ceria. Tak pe lah, agaknya dah tak sabar nak beli joran baru. Lagipun dah lama dia tak der duit dalam jumlah yang banyak. Aku bagi elaun pun RM100 sebulan.

13hb Feb: Aku dapat tau daripada Dik Mie, ada calon pembantu rumah. Memang aku mintak adikku dan juga rakanku tolong carikan aku pembantu rumah. Aku nak yang agak berumur, boleh menjaga bayi dan anak-anakku. Kerja rumah perkara kedua. Mulanya agak berat bila Dik Mie mintak aku jemput calon tersebut di CH sebabnya aku masih belum terima gaji Januari. Tapi teringatkan duit suamiku, duit aku dan anak-anak la jugak sebab suami dah berterus terang bahagiannya hanyalah RM500 bererti baki RM4500 adalah hak aku dan anak-anak, boleh la aku gunakan untuk pergi ke CH menjemput pembantu yang dicadangkan oleh Dik Mie.

15hb Feb: Selepas solat Isyak, kami bertolak ke CH. Agak mengecewakan aku bila calon yang disediakan untuk aku bukan seperti yang Dik Mie janjikan sebelum kami ke sana. Aku dapat seorang gadis remaja berusia 17 tahun yang pernah bekerja sekejap dengan Angah, yang memang dah tau tak boleh nak jaga baby. Memang kecewa tapi aku terima. Daripada tak ada langsung, dapat jugak tolong aku kemas rumah. Lagipun, aku nak Abang bekerja. Sejak kebelakangan ni, aku nampak Abang dah mula bosan melakukan kerja rumah.

Dah banyak kali aku terpaksa korbankan rehat aku di ujung minggu untuk mengemas seluruh rumah, termasuk dapur dan mencuci baju walaupun ada mesin basuh. Pernah beberepa kali abis langsung pinggan kat rak padahal kami cuma berempat dan pinggan ada lebih dari sedozen. Penat... aku cukup penat. Dah penat juga air mata ini mengalir. Tapi aku pasrah, suamiku lelaki, bukan di dapur atau di rumah tempatnya. Sebab tu aku nak cari pembantu.

Dapat yang boleh jaga anak-anak selepas balik dari tadika dan tolong kemas rumah pun dah memadai. Baby akan aku antar ke taska. Walau kos agak tinggi tapi aku terpaksa. Mungkin itu saja caranya untuk menjaga keharmonian rumahtanggaku. Tika di CH, kami sempat juga bawak anak-anak jalan-jalan. Alhamdulillah, aku dapat rasakan kebahagiaan. Malah suamiku mencadangkan agar aku membeli satu beg tangan kulit yang ada potongan harga 50% tapi aku tak minat. Kos yang sama aku mintak untuk aku beli beberapa helai baju. Suamiku tak kisah. Malam: Aku hubungi Mak, mintak tolong datang ke rumah sebab aku tak dapat bercuti bagi mengawasi pembantu baruku menjaga rumah dan anak-anak. Mak berjanji akan datang ke rumah aku bersama Bapa esoknya.

17hb Feb: Dalam jam 9am kami bertolak balik ke PP. Dalam perjalanan, aku dapat panggilan daripada Mak, insyaAllah Mak dan Bapa akan sampai awal malam ni. Aku sampai di PP hampir pukul 3. Selepas berehat sekejap, aku dan adik-adik (yang tiba di rumahku tak lama selepas kami sampai) keluar ke sebuah pasaraya untuk membeli barang dapur. Maklum saja gaji lum dapat, barang dapur banyak la yang dah abis. Tika keluarkan duit, aku perasan duit kurang RM300. Pelik pulak, aku tak ambil. Kali terakhir aku ambil RM500 masa nak guna kat CH. Mungkin suamiku yang ambil tapi bila? Tak pulak dia bagitau sebab kad ATM ada dalam purse aku.

Sampai di rumah, suamiku mengaku ambil. Ada hal sikit. Malas nak bising sebab adik-adik ada, aku diamkan saja. Lagipun Yana baru menjadi ahli keluargaku. Walau sebagai pembantu, aku tak nak dia rasa tertekan bekerja dengan majikan yang bertelagah hanya kerana wang. Tambah malam ni, Mak dan Bapa akan datang. Aku tak nak rosakkan mood suamiku, mood aku juga.

18hb Feb: Motosikal pancit. Suamiku yang menghantar aku ke tempat kerja. Tika turun dari kereta, suamiku meminta duit untuk betulkan tayar motor. Malangnya masa tu tak der wang tunai yang cukup. Aku mintak tunggu hingga aku balik petang nanti. Sungguh aku tak sanga bila suamiku menempik aku di tepi jalan, laluan orang ramai ke bangunan yang sama tempat aku bekerja: "Bagi ja la kad tu, tu pun susah sangat."

Sungguh aku terkejut. Sambil menahan tangis dan malu pada orang sekeliling, aku keluarkan kad ATM (memang kad dia tapi aku yang pegang sejak April tahun lepas bila akaun aku kena freeze gara-gara cubaan bisnes dengan seorang partner gagal. Bisnes gunakan nama aku so aku ja la yang tanggung padahnya. Gaji aku terima cash cek dan aku cashkan kemudian bank in ke akaun suamiku cuma tika ini, yang ada dalam bank hanya duit koperasi tentera yang diterima baru ni la) Semasa hulurkan kad, sempat aku berpesan, keluarkan untuk baiki motor saja. Taulah... suami masih meninggi suara :(

19hb Feb: Motor dah elok. Suamiku antar ke ke tempat kerja dengan motor. Sampai di tempat kerja, aku mintak semula kad ATM. Dia kata ada kat rumah. Aku tanya berapa yang dia keluarkan semalam. 300 ja la sebab tukar sport rim. Aku diam.

20hb Feb: Masa nak turun kerja, Mak bagitau dia dan Bapa plan nak balik ke rumah esok, sebabnya beberapa hari menengokkan Yana, Mak nampak boleh la dia buat kerja cuma kena cakap satu persatu. Mmmm memang pun. Tapi tak pa lah, daripada semua aku nak kena buat kan...

Aku teringat, semalam Mak ada luahkan teringin nak makan sate Kajang. Balik dari kerja, aku mintak suamiku terus ke R&R Awan Besar, nak beli sate Samuri. Suamiku membebel bila aku beli 100 cucuk sate. Lantak lah, bukannya tak boleh habis. Adik-adikku lagi. Selepas beli sate, dalam perjalanan balik ke PP, aku mintak kad ATM sekali lagi sebabnya aku nak transfer duit sewa kepada tuan rumah. Masa nak ke Maybank berdekatan dgn rumah, sekali lagi aku tanyakan suami: Baru ni keluar berapa? Jawapan dia: 300 ja. Ada 50 ja lagi ni.

Tika di ATM, aku cek baki. Haaaa.... mana pergi RM900? Ya Allah!! Hanya Dia yang tahu perasaan aku tika itu. Aku cuba kawal emosi. Aku transfer duit kpd tuan rumah kemudian sms bagitau sewa baru ja aku bank in kan. Syukur tuan rumah aku memahami. Sampai kat kereta, terus aku bersuara: Apasal tipu Ana lagi? Cakap amik 300 ja, apasal duit tak cukup 900? Abang wat pa duit tuh? Dia diam.... diam... dan diam.... sampai la kat rumah. Aku tak dapat menahan geram, marah dan sedih. Segalanya aku hamburkan dalam tangisku di bilik air.

Agak reda, aku cuci muka dan keluar tapi Mak perasan. Tika itu, suamiku dan suami adikku dah keluar, pergi mancing. Mak tanya, kenapa? Aku tak sanggup menipu lalu aku luahkan, sekali lagi air mataku keluar. Mak hanya boleh cakap, sabar banyak-banyak la nak oooo

21hb Feb: Aku mengadap kes saman yang sebabkan akaun aku freeze di Mahkamah Majistret KL. Kes tangguh sebab lawyer antar notis salah kat aku. Kes patut petang tapi aku dapat notis pagi. Pegawai mahkamah kesiankan aku yang dah ambil cuti separuh hari, tangguhkan kes ke bulan berikutnya. Belum kul 9, dah selesai. Aku telefon Bapa, masih dalam perjalanan menuju ke Jln Duta. Aku segera ke sana.

Suamiku yang antar. Aku masih belum bercakap dgn suamiku sejak kes malam tadi. Sungguh, aku marah sungguh sebab dia menipu lagi. Dah tu, dlm tempoh tak sampai seminggu abis rm1700, yang aku nampak hanyalah tayar motor guna sport rim, tu ja. Lain-lain? Segala keperluan dapur aku yang beli. Abis? Apa yang dia buat dgn duit sebanyak tu? Boleh jadi gaji seseorang untuk sebulan tu tapi dia abiskan tak sampai seminggu? Arrggghhhhhh

Aku tunggu Mak dan Bapa hingga bas sampai. Ntah idea dari mana, aku cakap kat Mak, terasa nak balik duk di kampung ja. Mak yang dengar bersuara ceria, betoi ka? Dia mau ka? Dia mau ka tak mau, lantak dia la.... rasa cam nak halau dia lagi ja...

Bapa mencelah, suruh aku fikir betul-betul. Jangan ikut perasaan, mintak petunjuk Ilahi. Aku mengangguk tanda faham. Masa bersalam dengan Mak dan Bapa, sempat aku cakapkan: Jangan risau pasal saya, saya boleh hadapi semua ni insyaAllah, doakan saya ja. Mak dan Bapa senyum.

Petang, hampir kul 7pm aku sampai di rumah. Belum sempat ku lucutkan tudung, suamiku dah ambil kunci motor dan keluar. Lantak la, malas aku nak layan. "Ummi!! Tok tinggal ubat kaki dia la" Puteri bersuara. Laaa, kesian Mak. Dah kena beli ubat baru. Segera aku telefon Mak. Lepas berbual itu ini tiba-tiba Mak bercerita: "Tadi masa hang duk kalut-kalut bersiap tu, Mak nampak laki hang bukak beg kerja hang, Mak nampak dia pegang beg duit hang."

Ayat Mak mengejutkan aku. Apa yang diambilnya? :"Tak pa la Mak, saya nak cek dulu. Nanti sembang lain naa" Segera aku matikan talian dan ambil purse. Ya Allah, kad ATM tak der. Segera aku telefon suamiku. Berulang kali tak berangkat. Aku sabarkan hati, aku solat maghrib dulu. Lepas solat, aku telefon lagi. Dah sambung ke mesej. Geram sangat, aku menjerit: "Kalau kau wak keluar duit lagi, malam ni jugak aku halau kau keluar dr rumah ni." Terus aku lepaskan telefon. Dik Ira dan Bg Ngah yang ada di rumah masa tu boleh nampak kemarahan aku.

Hampir kul 8.30pm, tika aku sedang menyuap Puteri dan Putera makan, terdengar bunyi motor. Tak lama suamiku masuk ke dalam rumah. Terus aku tanya: "Abang ambik kad ke?" "Ada kat Abang ni.."
"Abang amik duit lagi ke?"
"Ambik la nak guna..."
"Nak guna apa lagi?? Baru ni sampai 1700 apa pun tak nampak, Abang buat apa?"
"Suka hati Abang la nak buat apa pun. Duit Abang!!"

Ayat terakhir daripada suamiku membuatkan aku hilang sabar. "Abang boleh keluar dari rumah ni malam ni jugak!!" Kataku kuat, keras dan tegas. "Memang nak keluar pun..." Terus dia keluar, hidupkan enjin motor dan berlalu. Tak tau ke mana?

Aku segera ke bilik. Aku mintak Yana ambilkan plastik hitam (plastik sampah). Aku masukkan semua baju-baju ke dalam plastik. Aku menahan tangis. Sungguh aku kecewa. Sampai hati suamiku melafazkan ayat tersebut. Selama lebih dua tahun aku terima kekurangannya. Dia tak nak kerja, malas kerja, aku masih bagi peluang. Sedaya upaya aku cuba fahami kehendak hatinya walau aku tersiksa jiwa dan minda. Inikah balasannya kpd segala pengorbanan aku?

Selesai masukkan kebanyakan bajunya, aku letakkan plastik hitam tersebut di luar rumah. Puteri dan Putera mula muram. Dik Ira dan Bg Ngah memujuk. Tak lama terdengar bunyi motor. Suamiku masuk bersama sebuah beg budak sekolah dan plastik hitam yang aku letakkan di luar tadi. Puteri dan Putera menerpa Abi. Menangis merayu Abi jangan keluar. Aku panggil mereka. Lambat-lambat mereka duduk di depan aku.

"Dengar Ummi nak cakap. Abi kena keluar dari rumah ni sebab kalau Abi tak keluar, Abi tak kerja. Kalau Abi tak kerja, Abi curi duit Ummi, duit Ayang ngan Bg Chik... nak ke?" Puteri dan Putera menggeleng. "Kalau cam tu, biar Abi keluar. Biar Abi kerja. Ayang ngan Bg Chik duk dgn Ummi, boleh?" Puteri dan Putera mengangguk.

Tak lama suamiku keluar. Puteri dan Putera mengikut. Aku dukung Putera Bongsu keluar juga. Suamiku sempat berpesan agar anak-anakku jangan nakal-nakal. Aku mintak Puteri dan Putera bersalam dgn Abi. Aku juga hulurkan tangan tapi suamiku tak sambut. Hanya Dia yang tahu perasaan tika itu.

Tepat jam 9.20pm, suamiku berlalu pergi, tak tau ke mana. Andai ini takdir-Nya, aku pasrah!!!

29 April 2008

Minta peluang lagi

Hampir jam 6pm, tika sedang sediakan cekodok utk anak2, aku terdengar bunyi motosikal. Macam biasa kudengar. Belum sempat aku menjenguk, terdengar suara Puteri dan Putera: yei yeiii Abi baliikkk... terkejut aku, kenapa dia berani balik? Bila aku bukakan pintu, dengan selamba ja dia masuk, cam tak der apa2. Aku bersabar sbb di luar rumah aku perasan jiran sebelah sdg melayan anaknya bermain. Slps dia masuk, aku tutup pintu, terus kutanya: Apasal balik pulak ni?

Dia merenung aku, seolah mohon simpati. Kemudian tunduk. Memang hampeh tul la. Puteri dan Putera duduk di ribaannya. Lama dia diam. Kuulangi soalanku. Dia memandang aku dgn soalan: Nampak tak ni? Dipandangnya gelagat Puteri dan Putera. Aku faham maksudnya. Yang dalam perut tuh? Kesian dia nanti lahir tak der Abi. Ya Allah!! Sungguh Kau duga aku. Aku tak mampu menjawab, cepat aku berlalu ke dapur, kebetulan cekodok belum diangkat. Dapat juga aku sembunyikan rasa sedih dan hibaku. Aku biarkan persoalan suamiku berlalu begitu sahaja.

Slps solat maghrib, aku buat perjanjian dgn suamiku. Aku sanggup bg peluang utk kali ke3 dgn syarat dia berjanji takkan menipu aku lagi. Kalau aku dpt tau dia menipu aku lagi, memang keputusan aku muktamad. Dia setuju. Penghujung maghrib 10hb Mac menjadi saksi aku memberi peluang ketiga kpd suamiku. Suamiku setuju menjadi suami rumahtangga dan menjaga anak2 semasa aku keluar bekerja. Sejak tarikh itu, aku mula jadi puan besar. Balik kerja ja, aku mandi, solat maghrib dan makan nasi. Kalau hanya pingganku di sinki, aku akan cuci, jika tidak, aku tinggalkan jer, biar dia yg cuci semuanya. Dia jgk yg masak, kemas rumah, urus baju dan anak2. Aku dah jadi suami dan dia jadi isteri. Aku akan berikan dia RM100 sebulan sbg duit poket sbbnya aku tak benarkan dia pergi car wash lagi. Cutiku adalah utk aku betul2 rehat tambahan kandunganku makin membesar.

Hampir 2 bulan sglnya lancar, hobi memancingnya pun dah dingin. Setiap kali maghrib, jika aku sampai awal, dia akan bergegas ke surau berdekatan utk solat berjemaah. Sungguh, aku bersyukur dgn perubahan ini dan berdoa serta mengharap, ianya berpanjangan. Masuk bulan ke3, dia mula memancing waktu malam cuma bukan setiap malam. Aku bg peringatan, nak mancing boleh tapi jgn balik lewat mlm sbb anak2 bersama dia di siang hari. Aku tak nak anak2 terabai sbb dia layan tidur di siang hari plak.

Alhamdulillah... akhirnya Allah berikan aku keringanan dlm memikirkan mslh rumahtanggaku. Suamiku jg sudah pandai msk, dah byk resepi yg dia tau. Bulan puasa, tika aku sedang sarat, dialah yg lakukan semuanya hatta sahur. Aku hanya bangun, cuci muka dan makan. Slps melahirkan putera kedua, dia juga yg uruskan semuanya, 44 hari dlm pantang, hanya sekali aku mandikan Putera kedua, dia jg yg uruskan tungku dan makan minumku. Kebetulan tika ini aku berselisih faham dgn Mak sbb Mak termakan kata-kata seorang adikku Aiza, konon aku menghalau dia keluar dr rumahku awal Julai slps menumpang 2 bulan. Padahal, dia yg keluar rumah tanpa aku sedari, tau2 sampai dr tmpt kerja, brg2 dan dia sendiri dah tak der... gara2 aku menegur sikapnya yg suka sgt balik lewat mlm slps keluar dgn tunangnya.

Akibat selisih faham itulah, Mak tak menjenguk aku tika aku dlm pantang. Aku sendiri yg melarang Bapa membawa Mak ke rumah sbb aku tak nak 2 kejadian sblmnya berulang. Mak dtg ke rumah tpi hanya duduk di muka pintu, tak sampai 5 minit dah keluar dan tunggu di ujung simpang sampailah Bapa selesai menjamah hidanganku. Aku menjemput masuk tidak dilayan. Aku bertanya khabar juga Mak diam. Paling sedih, bila tangan kuhulur utk bersalam dgnnya, Mak langsung tak sambut. Aku luahkan pada Bapa, aku bimbang sabarku hilang jadi jangan jenguk aku tika dlm pantang sampailah aku izinkan.

Memang sedih sbbnya Bapa terpaksa bertanyakan khabar aku dan bayiku dlm diam. Namun syukur, akhir Syawal 1428, hubungan aku dgn Mak pulih, tika Mak sedar kesalahan adikku. Sungguh, aku bersyukur kerana kini aku mempunyai suami, anak2, Mak dan Bapa serentak.....