Hampir jam 6pm, tika sedang sediakan cekodok utk anak2, aku terdengar bunyi motosikal. Macam biasa kudengar. Belum sempat aku menjenguk, terdengar suara Puteri dan Putera: yei yeiii Abi baliikkk... terkejut aku, kenapa dia berani balik? Bila aku bukakan pintu, dengan selamba ja dia masuk, cam tak der apa2. Aku bersabar sbb di luar rumah aku perasan jiran sebelah sdg melayan anaknya bermain. Slps dia masuk, aku tutup pintu, terus kutanya: Apasal balik pulak ni?
Dia merenung aku, seolah mohon simpati. Kemudian tunduk. Memang hampeh tul la. Puteri dan Putera duduk di ribaannya. Lama dia diam. Kuulangi soalanku. Dia memandang aku dgn soalan: Nampak tak ni? Dipandangnya gelagat Puteri dan Putera. Aku faham maksudnya. Yang dalam perut tuh? Kesian dia nanti lahir tak der Abi. Ya Allah!! Sungguh Kau duga aku. Aku tak mampu menjawab, cepat aku berlalu ke dapur, kebetulan cekodok belum diangkat. Dapat juga aku sembunyikan rasa sedih dan hibaku. Aku biarkan persoalan suamiku berlalu begitu sahaja.
Slps solat maghrib, aku buat perjanjian dgn suamiku. Aku sanggup bg peluang utk kali ke3 dgn syarat dia berjanji takkan menipu aku lagi. Kalau aku dpt tau dia menipu aku lagi, memang keputusan aku muktamad. Dia setuju. Penghujung maghrib 10hb Mac menjadi saksi aku memberi peluang ketiga kpd suamiku. Suamiku setuju menjadi suami rumahtangga dan menjaga anak2 semasa aku keluar bekerja. Sejak tarikh itu, aku mula jadi puan besar. Balik kerja ja, aku mandi, solat maghrib dan makan nasi. Kalau hanya pingganku di sinki, aku akan cuci, jika tidak, aku tinggalkan jer, biar dia yg cuci semuanya. Dia jgk yg masak, kemas rumah, urus baju dan anak2. Aku dah jadi suami dan dia jadi isteri. Aku akan berikan dia RM100 sebulan sbg duit poket sbbnya aku tak benarkan dia pergi car wash lagi. Cutiku adalah utk aku betul2 rehat tambahan kandunganku makin membesar.
Hampir 2 bulan sglnya lancar, hobi memancingnya pun dah dingin. Setiap kali maghrib, jika aku sampai awal, dia akan bergegas ke surau berdekatan utk solat berjemaah. Sungguh, aku bersyukur dgn perubahan ini dan berdoa serta mengharap, ianya berpanjangan. Masuk bulan ke3, dia mula memancing waktu malam cuma bukan setiap malam. Aku bg peringatan, nak mancing boleh tapi jgn balik lewat mlm sbb anak2 bersama dia di siang hari. Aku tak nak anak2 terabai sbb dia layan tidur di siang hari plak.
Alhamdulillah... akhirnya Allah berikan aku keringanan dlm memikirkan mslh rumahtanggaku. Suamiku jg sudah pandai msk, dah byk resepi yg dia tau. Bulan puasa, tika aku sedang sarat, dialah yg lakukan semuanya hatta sahur. Aku hanya bangun, cuci muka dan makan. Slps melahirkan putera kedua, dia juga yg uruskan semuanya, 44 hari dlm pantang, hanya sekali aku mandikan Putera kedua, dia jg yg uruskan tungku dan makan minumku. Kebetulan tika ini aku berselisih faham dgn Mak sbb Mak termakan kata-kata seorang adikku Aiza, konon aku menghalau dia keluar dr rumahku awal Julai slps menumpang 2 bulan. Padahal, dia yg keluar rumah tanpa aku sedari, tau2 sampai dr tmpt kerja, brg2 dan dia sendiri dah tak der... gara2 aku menegur sikapnya yg suka sgt balik lewat mlm slps keluar dgn tunangnya.
Akibat selisih faham itulah, Mak tak menjenguk aku tika aku dlm pantang. Aku sendiri yg melarang Bapa membawa Mak ke rumah sbb aku tak nak 2 kejadian sblmnya berulang. Mak dtg ke rumah tpi hanya duduk di muka pintu, tak sampai 5 minit dah keluar dan tunggu di ujung simpang sampailah Bapa selesai menjamah hidanganku. Aku menjemput masuk tidak dilayan. Aku bertanya khabar juga Mak diam. Paling sedih, bila tangan kuhulur utk bersalam dgnnya, Mak langsung tak sambut. Aku luahkan pada Bapa, aku bimbang sabarku hilang jadi jangan jenguk aku tika dlm pantang sampailah aku izinkan.
Memang sedih sbbnya Bapa terpaksa bertanyakan khabar aku dan bayiku dlm diam. Namun syukur, akhir Syawal 1428, hubungan aku dgn Mak pulih, tika Mak sedar kesalahan adikku. Sungguh, aku bersyukur kerana kini aku mempunyai suami, anak2, Mak dan Bapa serentak.....
29 April 2008
28 April 2008
Keluar rumah lagi
Sejak berpindah ke rumah baru, aku berusaha meningkatkan pendapatan keluarga dgn menjual nasi lemak, bihun goreng, sandwich, puding dll. Seawal jam 5am, aku akan bangun. Mulanya aku mtk tlg suami tapi hanya 2 hari, aku tak sanggup lagi berdepan dgn kemarahannya di awal pagi. Nasi lemak dan bihun yg dibungkus bagai dihempas-hempas. Nampak sgt tak ikhlas menolong. Aku pasrah. Aku yg berhasrat nak mulakan perniagaan ini, biarlah aku teruskan. Bukan suka-suka tapi nak tampung perbelanjaan tambahan sewa rumah dah bertambah hampir RM200 dr rumah lama. Taska dan tadika anak-anak lagi. Kepada suami, aku mtk dia cari kerja. Hampir setiap hari, jwpn yg aku terima, tak der kerja kosong. Sdgkan duitku habis plg sikitpun RM10 sehari utk kos dia mencari kerja. Hampir 2 mgu, aku memang tak tahan lagi. Kebetulan ujung minggu tu (ujung Nov 2006) Mak dan Bapa nak ke rumah baru aku, aku bg masa sampai tarikh tersebut, kalaulah hari Mak dan Bapa sampai ke rumah dia masih belum bekerja, aku akan mintak dia lepaskan aku di depan Mak dan Bapa. Aku tak mtk kerja yg bergaji tinggi sbb dgn kelayakan dia, aku tau setakat mana yg dia boleh dpt. Tapi aku syaratkan paling tidak pun, dapat cover duit utk aku byr taska dan tadika anak2, adalah dlm RM500 dan boleh lepas duit makan dan ulang alik dia kerja.
Ptg, semasa mengambil aku dr kerja, suamiku bgtau dia dah dpt kerja. Bila aku tanya di mana, jawabnya Bangsar. Aku dah syak, mesti kerja cuci kereta tempat kawan dia. Kalau nak kerja cuci kereta, kat kwsn rumah aku pun byk. Lagipun kerja tu pendapatan tak tetap. Selalu dah dia pergi kerja sblm ni, kdg2 dpt la RM10, ada masa dpt RM15, ada masa tak dpt langsung kalau tak der kereta... mana boleh cam tuh? Memang aku bengang. Dia diam..diam..dan diam...!! Ntah berfikir ntah apa... aarrggghhhhh.
Aku malas dah nak layan. Lantak la dia nak buat apa. Satu petang, suamiku lewat mengambil aku dr kerja. Masa tulah dia bgtau dgn aku, dia kerja jgk kat car wash kawan dia tu sbb kawan dia dah janji, kalau kerja full time, boleh dpt RM750 sebulan. Aku diam, ntah la.. cam tak percaya pun ada. Bila difikir, apa salahnya aku bg peluang kan? Ok la, aku setuju tapi dgn syarat, dpt ja gaji tu, dia kena serah kat aku dan aku akan bhgikan ikut keperluan. Dia setuju. Maka hari ini, dia mula bekerja di car wash. Aku dgn rutin kerja harian di pejabat dan jualan harianku.
Semuanya berjalan dgn baik. Walau penat, tapi aku gagahkan diri. Mak dan Bapa mula menerima keadaan rumahtangga aku. Mgkin sbb Mak dan Bapa nampak keceriaan aku. Pasal suamiku pula, tak der pun RM750, kononnya akan dpt kalau kerja 30hari sebulan tanpa cuti. Sakitnya hati aku.... menipu aku lagi la tuh.... Aku dah malas nak bising. Aku suruh suamiku duk rumah jaga anak2, dpt dah potong belanja taska kat RM400. Ujung minggu bila aku tak kerja, barulah dia pergi kerja cuci kereta utk duit poket dia, jgn harap aku nak bg dia duit lagi. Cukup la aku bg makan minum dan tmpt tinggal, kira itu upah dia jaga anak2 masa aku kerja... ntah fatwa mana aku ikut, aku tak tau tpi yg penting, itu ja yg aku terfikir masa tuh...
Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Awal Februari, aku terima berita kehamilan. Mulanya memang sukar kuterima tapi alhamdulillah, aku terima. Mungkin ada hikmahnya utk rumahtangga kami. Namun, apa daya... bahagia yg kuharap cuma sekejap. Awal Mac, suamiku buat hal lagi. Syarikat tmpat aku bekerja ada mslh kewangan. Dah hampir tengah bulan, aku lum terima gaji. Perniagaan pun aku dah hentikan hampir 2 bulan. Tak larat lagi nak bangun awal pagi kebetulan kerja pejabat makin byk hinggakan aku perlu stay sampai mlm. Terfikir nak guna duit tabung anak2 ja sbb malas nak kacau simpanan hasil jualan aku yg tak baper sgt tu lagipun malas nak ambil sbb duit sendiri, kalau duit anak2, aku akan pastikan digantikan semula. Duit tabung anak2 adalah hasil aku ajar anak2 mengumpul setiap hari ditambah duit raya dan duit yg diterima drpd Bapa aku atau adik2 aku yg sesekali menjenguk. Setiap seorang adalah dlm RM200 sbb aku catat setiap kemasukan.
Bila aku buka tabung Puteri, terkejutnya aku sbb di dalam tabung hanyalah bbrp keping wang 1 sen dan lipatan2 kertas menggantikan wang2 kertas RM1, RM5, RM10 dan RM50 yg dimasukkan ke dalam tabung sblm ini. Aku buka tabung Putera, sama saja. Ya Allah, apa dah jadi? Bila aku tanyakan pada suami, dia diam. Semua soalanku berkaitan duit tabung tersebut tiada jwpn. Memang begitulah selalunya. Aku menangis.. tak tau sedih atau marah. Sungguh2 aku menangis. Puteri dan Putera turut menangis. Ujian apakah lagi ya Allah? Aku tak larat lagi...aku luahkan kekecewaan aku kpd sahabatku S. Dia hanya mampu minta aku bersabar.
Tergerak di hati nak luahkan kpd adik iparku, biar dia tau sikap abangnya. Bila aku ceritakan, dpt tau satu lagi berita penipuan suamiku. Dia berbohong dgn adik iparku kononnya anakku sakit dan kami tak cukup duit. Adik iparku membantu tapi tak tau ke mana duit tu pergi... Ya Allah!! Apa nak jadi dgn suamiku ini? Dah la bulan lepas dikebasnya duit aku RM100 dr ATM. Bila aku tanya, tak mengaku. Bila aku siasat di bank dan dpt tau tempat duit dikeluarkan dan masanya, memang sah la suamiku punya kerja.
Aku tak dpt bertahan lagi. Mlm tu juga, aku berikan masa kpd suamiku sampai ujung mgu shj utk buat persediaan keluar dr rumah. Suamiku ada 3 hari (Rabu-Jumaat) sbb awal2 pagi Sabtu, aku nak dia keluar dr rumah. Pagi sabtu 10hb Mac, hampir jam 10am, suamiku keluar dr rumah berbekalkan satu beg pakaian. Kali ini dgn motosikalnya. Biarlah, pandai2 lah aku ikhtiarkan kenderaan lain slps ni. Kpd anak2, aku bgtau Abinya nak keluar kerja. Nanti Abi akan balik bila dah ada duit. Anak2 hanya mengangguk, sempat lagi melambai2 tangan. Air muka suamiku suram tapi aku kuatkan hati....

22 April 2008
Terima kasih
IV, Oren dan rakan2 blogger yg sentiasa mendoakan, aku ucapkan ribuan terima kasih. Alhamdulillah puteri dan puteraku sihat. Jgn terkejut, aku dikurniakan seorang lagi putera awal Sept thn lepas. Ntah la, agaknya penangan rasa gembira dan bahagia yg aku terima penghujung thn lepas membenihkan zuriat ketiga dlm rahimku. Aku sedar mengenai kehamilanku pada awal Februari, setelah haidku tak menentu sejak Nov 2006. Mulanya aku sangkakan perubahan hormon, haidku sering lewat dan sikit tapi masih ada. Hinggalah awal Februari, aku mula rasa lain sbbnya dah hampir 3 mgu tak der tanda2 aku akan dtg bulan.
Masa tu, ada seorang rakan sepejabat yg telah pasti hamil kali kedua. Bila mendapat tau aku dah lambat dtg bulan, dialah org yg plg gembira kerana memikirkan punya kawan utk menjalani tempoh kehamilan bersama. Sdgkan aku, berdoa tanpa putus. Aku tidak bersedia untuk hamil lagi. Bukan tak sukakan anak tapi belum masanya. Dgn keadaan aku skrg... Allah, Kau Maha Mengetahui. Pernah terlintas di fikiranku, jika betul aku hamil, akan kuserahkan anak tersebut kpd org lain.
Keresahan aku luahkan pd seorang rakan yg mengetahui kisahku. Dia nasihatkan aku dptkan pengesahan dan kalau tak hamil, aku boleh dptkan ubat utk normalkan haidku. Kalau tak dptkan pengesahan dulu, bimbang aku pulak yg berdosa kerana membunuh bayiku sendiri. Nasihat rakan aku ikuti. Ya Allah, bagai batu besar menghempas kepala bila aku dapati ujian kehamilanku positif. Sungguh aku tak dpt terima. Aku meraung2 di dalam bilik air hingga mengejutkan suamiku tika itu. Dia mulanya terkejut tapi kemudian kelihatan amat gembira. Tapi aku, masih menangis.... sungguh, aku tak dpt terima.
Aku telefon Mak, luahkan kesedihan aku. Malah, aku mtk Mak doakan agar aku alami keguguran. Permintaan aku buat Mak marah. Mak suruh aku berdoa byk2 dan berserah kpd-Nya. Aku patuh nasihat Mak. Sejak tarikh itu, aku sentiasa berdoa, jikalau anak yg aku kandungkan ini baik utk masa depanku, kekalkanlah tetapi jika memberikan mslh kepadaku, aku rela kandungan ini gugur....itulah doaku saban hari dan aku tetap menangis bila memikirkan kandunganku. Keadaan ini berlanjutan hingga hampir sebulan. Selepas sebulan, aku mula belajar menerima.... mungkin ada hikmah di sebalik semua ini namun, doaku tetap sama...
Mungkin petanda... sepanjang tempoh kehamilan, aku sihat dan tidak mengalami apa2 mslh atau alahan. Malah, aku pernah terlibat dlm kemalangan yg menyebabkan aku terjatuh ke pinggir tiang elektrik tapi kandungan tetap kukuh. Bila kandunganku berusia 3 bulan, aku sedar tika ini roh telah ditiup kpd janinku... aku menukar doaku. Aku mohon agar kandunganku dilindungi dan aku sihat dan selamat tika melahirkannya nanti.
Tika aku boleh menerima kandunganku ini lah, ujian kembali mencari aku. Suamiku buat hal lagi....

21 April 2008
Aku kembali
Assalamualaikum wbrt
Dah lama sgt aku tak menulis. Diari Seorang Aku pun, dah tak leh nak kemas kini sbbnya aku dah lupa password. Ntah la, mula dulu dah malas nak meluah rasa. Rasa mcm aku terlalu byk sgt merintih. So, aku ambil keputusan utk berdiam diri, hanya berserah kpd Yang Maha Kuasa tapi rakan karibku S dan Z adalah insan yg tetap tahu kisah perjalanan hidupku.
"Yang aku tau… ketibaan thn baru tak lama lagi, aku betul2 nak mencatat diari baru dgn kisah2 yg membahagiakan shj… moga2 hasrat dan doaku dimakbulkan…aminnnn." Itu ayat terakhir dlm entri terakhir aku kat Diari Seorang Aku Itulah doa dan harapan aku. Sungguh, bermula thn baru 2007, aku mengharapkan perubahan. Aku ingin memulakan kehidupan baru di rumah yg baru dan persekitaran yg baru....
Namun, kalau hanya aku yg berusaha ke arah yg lebih baik, mana mungkin kebahagiaan bersama akan dikecapi. Terlalu byk perjalanan hidup yg ingin aku catatkan di sini. Bukan utk sesiapa, sekadar luahan hati dan yg paling penting utk tatapan anak-anakku moga satu hari nanti, bila mereka telah dewasa, mereka mampu membezakan antara intan dan kaca.
Ini permulaan. InsyaAllah, aku akan kembali mencatat diari hidupku yg masih penuh dgn ujian. Buat rakan-rakan blogger yg pernah mengikuti kisah hidupku, aku bahagia kini walau telah hampir 2 bulan aku memegang status ibu tunggal. Nantikanlah kisah ku.....

Langgan:
Catatan (Atom)