28 Ogos 2008

Muktamad

26hb Ogos:

Seperti biasa, duda aku akan menelefon untuk bercakap dgn Puteri. Seperti selalu juga, bila tertera namanya sebagai pemanggil, akan segara kuserahkan kepada Puteri. Bezanya, kali ini dia minta nak bercakap dgn aku. Hmmm...

Abang akan bebas 25hb September ni...

Oooo... bila bicara?

Tadi...

Ooo ok. So?

Lepas bebas tu, dalam awal bulan 10, dpt la mykad...

Ok...

Abang nak tanya ni?

Apa?

Tak boleh terima semula ke?

Terima? Terima apa? (saja buat-buat tak faham. Sebelum ni dah byk kali jugak dia sms memujuk)

Terima Abang la...

Hahahaha.... (aku gelak sungguh2. Tak sangka dia berani nak bertanyakan soalan tu secara terus terang?) Abang tau tak, kita ni dah bercerai. Skrg ni Abang dah boleh nyanyi lagu P.Ramlee tu: Siapa nak janda aku boleh kebas.... tapi tak der org la nak kebas Ana ni... hahahaha.. (aku gelak lagi)... tiba-tiba talian putus.

Tak lama, masuk sms: Abg nak settlekan masalah, bkn nak tmbh masalah, xkesian ke kat anak2 tu...

Aku balas: Sbb kesiankan anak2 la Ana mtk byk kali sgt Abg brubah tpi Abg degil. Bkn skali tp dh byk kali sgt2. Jgn risau, anak2 hepi ja. Maaf, kptsn ana muktamad. Ana xleh trima Abg lg. Abg bina la idup bru cmana Ana mulakn idup bru dgn anak2 sjk 6 bln dlu

Dia antar lg: Kalau cam tu kata Ana, terima kasih byk2, dah dpt surat cerai ke dr mahkamah?

Aku bls: Belum la sbb belum proceed kes. Tgu Abg keluar nnt kita uruskan sama2 la

Dia sms lg: Jgn trlalu konfiden dgn diri dan jgn pandang Abg sebelah mata, setiap apa yg dah brlaku byk beri kesedaran, Abg ingat nak bina hidup baru dgn Ana dan anak2 lps ni bila dah dpt mykad tpi Ana xfaham

Aku bls: Ana xpndg Abg sblh mata tp Ana brusaha yakin dgn diri sndiri sbb Ana xblh hrpkn sape2 trmsk Abg, Ana fhm Abg nak mula idup bru tp Ana xsggup gadai hati sndiri lg sbb dah byk kali sgt Abg lukakan hati Ana. Abg prgunakan Ana. Ana dah serik nak prcaya Abg atau mana2 lelaki & Ana bhgia idup bgini. Ana xbnci Abg & Ana trima tkdir idup Ana & tlg jgn pksa Ana bnci Abg

Ada lg: Smapi begitu sekali dendam Ana, Ana xfikir ke masa dpn anak2, xkesian ke kat anak2, anak org lain ada abinya tpi anak2 kita xde, xboleh ke Ana nak maafkan Abg dan bg peluang Abg prbetulkan apa yg silap

Aku bls: Trus terang, smuanya dah trlmbt Bg. Bkn skrg msanya nak btulkan sbb antra kita xde apa2 hbgn lg. Ana xmtk tp Abg yg lafaz. Trpksa atau marah bkn alasan sbb Ana prcya tu smua khndk tkdir, memg ini yg trbaik utk kita. Ank2 xkan ilang Abinya klau Abg tau jlnkn tgjwb. Dah, jgn bncg lg bab ni. Kptsn Ana muktamad. Maaf! Ana doakan Abg akn lbh bhgia cam Ana yg rasa amat gmbira & bhgia skrg ni so Ana xmau kbhgiaan ni lenyap smula

Sms akhir mlm tu: Xpelah, Abg akur dgn kptsn Ana, lps ni kita uruskan bila dah dpt mykad kelak, tq.

6 ulasan:

oren berkata...

nada sms your ex, bunyinya sama macam suami saya, dulu..bezanya, saya masih beri dia peluang..saya harap awak happy ngan life sekarang..

Irfa berkata...

salam ana..
susah nak kata.tp dah byk kali bg peluang.tp x nak ambik peluang.susah betul yer..semoga anak bahagia dgn jalan nyg dipilih

Hanisumayyah berkata...

Bagus keputusan ana tu, saya sokong. Teruskan hidup dengan anak2...

mamathekitchenlover berkata...

salam kak..1st time sy masuk blog akak..menitis air mata sy..semoga akak terus tabah yer..ALLAH SWT sentiasa bersama kita..insyaAllah..

Irfa berkata...

salam ana..
lama menyepi..kemana?harap semuanya ok.

Irfa berkata...

salam ana..
selamat hari raya.saya tetap dtg w,pun dah setahun blog ni tak apdet,saya doakan yg baik2 jer utk awak dan anak2..